|
|
 |
Sambutan Hari Guru 2009
Pada 28 Mei lalu S.M.K Seri Permaisuri telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa daripada wakil pengawas. Sehingga jam 9.30 am merupakan majlis formal. Selepas rehat pada jam 10.00 am pelbagai aktiviti dan persembahan diadakan untuk memeriahkan majlis. Majlis tamat pada jam 1.10 tengahari.
Pesta Pantun Peringkat Zon Pudu
Pada 28 Mei yang lalu sekolah telah menghantar 5 orang wakil untuk mewakili sekolah berentap di Pesta Pantun Peringkat Zon Pudu bertempat di Sekolah Menengah Puteri Bandaraya. Sekolah mempertaruhkan Mohd Najmie, Nurul Idayu dan Mohd Bazli sebagai pemantun utama dan Mohd Akmal serta Mohd Aiman sebagai pemantun simpanan.
Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009
30 Mei 2009 telah diiktiraf sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009. Ahli-ahli PRS telah membuat lawatan dan meraikan majlis sambutan hari berkenaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; utamakan kesihatan, sihat sepanjang hayat. Tema sambutan Hari Tanpa Tembakau ialah AMARAN MESEJ BERGAMBAR. Perokok tegar dan bakal perokok, lihat dengan mata, dengar dengan telinga, rasa dengan perasaan dan renungkan dengan akal fikiran akan kesan pilihan anda. Saya bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan pilihan tindakan saya. Tahniah atas pilihan anda sendiri. |
|
 |
|
|
|
|
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
S.M.K Seri Permaisuri
(28 Mei 2009) |
|
Cinta yang sejati
Adalah pada ibubapa
Dan tuhan yang esa |
|
|
 |
|
|
|
|